1. PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
1. MAKSUD IMAN - DARI SEGI BAHASA : § percaya - DARI SEGI ISTILAH : § Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota 2. KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM - membentuk insan muslim sejati - supaya istiqamah dalam ibadat - melahirkan generasi berakhlak mulia |
3. PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN · SYIRIK · MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya · JENIS-JENIS SYIRIK : 1. Syirik Jali - Maksud : § perlakuan syirik secara terang-terangan - Contoh : § menyembah patung dan berhala § menyembah bulan atau matahari § mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan - Akibat : § rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat 2. Syirik Khafi - Maksud : § tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat - Contoh : § riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri), § ujub (mengagumi diri sendiri), § takbur (membangga diri) - Akibat : § dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat § sukar menerima pandangan orang lain 3. Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana : · Ia membatalkan iman seseorang · Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah · Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik · Mencemarkan kesucian agama Islam 4. Cara mengelak perbuatan syirik · Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas · Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi · Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik 5. Kesan syirik · Membatalkan iman · Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah · Dimurkai Allah |
· KUFUR · MAKSUD : - tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W · JENIS-JENIS KUFUR : 1. Kufur Hakikat : - Maksud : § ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah - Contoh : § tidak mengakui balasan diakhirat § menolak hukum yang terdapat dalam al-quran § menyatakan solat fardhu merugikan masa § menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi 2. Kufur Nikmat : - Maksud : § mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan - Contoh : § menggunakan nikmat kejalan maksiat § enggan mengeluarkan zakat / sedekah § boros membelanjakan harta · FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESORANG ITU BOLEH MENJADI KUFUR : § pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala § terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan § kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup · KESAN PERBUATAN KUFUR …. |
· RIDDAH · MAKSUD : - berpaling atau keluar daripada agama islam · SESORANG ITU BOLEH DIANGGAP MURTAD MELALUI 3 CARA - Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama islam - Perkataan, apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam - Perbuatan, menganut agama selain daripada agama islam · SEBAB / FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIDDAH - lemah pegangan agama - jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam - terpengaruh dengan tawaran kebendaan · AKIBAT BURUK SETELAH MURTAD - hubungan suami isteri terfasakh - haram menerima harta pusaka daripada waris beragama islam - haram dikebumikan diperkuburan Islam - menjadi penghuni neraka selama-selamanya · CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG MURTAD - memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam - memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf - pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukum · TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KEPADA ORANG MURTAD - menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3 kali ) supaya kembali kepada Islam - sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh · HIKMAH ISLAM MENGANJURKAN HUKUMAN BUNUH TERHADAP ORANG MURTAD - memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh dipermain-mainkan - mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama islam - menghindarkan masyarakat islam daripada berpecah belah dan huru-hara · LANGKAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MURTAD - berpegang teguh dengan ajaran islam - menghindari daripada sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh membawa kepada riddah - mendalami ilmu-ilmu agama · LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH MURTAD - memberi pendidikan agama dengan sebaiknya kepada setiap orang Islam - memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat buruk perbuatan murtad - mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang murtad · KESAN PERBUATAN MURTAD … |
· KHURAFAT · MAKSUD - Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat · CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN - mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang - mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial - membuang ancak bagi menghalau hantu - mengunjungi kubur yang dianggap keramat · FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM - iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat - terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat - ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal · CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM - menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat - mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat - mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat · AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT - menyebabkan syirik dan batal iman - membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia - menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik |
· SIHIR · MAKSUD - ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia · CONTOH - menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna - mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan - pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus · PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR - perasaan dendam seseorang terhadap orang lain - iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang - ada perasaan benci terhadap seseorang · CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR - mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir - menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat - tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut · AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR - merosakkan akidah dan membatalkan iman - memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah - hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan · HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR - supaya akidah seseorang tetap terpelihara - supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera - supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar · CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR - membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat - membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya - banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah |
· NIFAK · MAKSUD - Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah · CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK - berdusta apabila bercakap - khianat apabila diberi amanah - bersikap melampaui batas apabila bertengkar - selalu mungkir janji · CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT MUNAFIK - meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah - bercakap benar apabila berbicara - bersifat jujur dan amanah - menunaikan janji · AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAK - menghilangkan sikap percaya-mempercayai - melemahkan perpaduan masyarakat - menghancurkan kekuatan umat islam |
4. CARA MENGELAKKAN TERBATALNYA IMAN · Berpegang teguh pada ajaran Allah · Mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah · Menghindarkan semua perbuatan yang boleh membatalkan keinanan kepada Allah 5. KESAN BURUK SEKIRANYA IMAN TERBATAL · Segala amal ibadat tidak diterima oleh Allah · Amal kebaikan yang dilakukan sia-sia dan tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah · Dilaknat dan dibenci oleh Allah · Terputus hidayat dan rahmat daripada Allah 6. PERBANDINGAN IMAN ORANG FASIK, MUNAFIK DAN IMAN YANG SEMPURNA
|